Dimaklumkan bahawa Sistem Malaysia Franchise Express (MyFEX) 2.0 akan ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses perpindahan sistem daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tarikh Mula Penutupan : 5 Jun 2026 (Jumaat, 3.00 petang)
Jangkaan Beroperasi Semula : 11 Jun 2026 (Khamis)
Sistem MyFEX 2.0 akan kembali beroperasi di bawah pengurusan KPDN setelah proses perpindahan dan pengesahan teknikal selesai dilaksanakan. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda.

